Sunday, December 4, 2011

Keputusan Penilaian RUI Kitaran Sept 2011

Assalamualaikum,

Pejabat Pelantar Penyelidikan Sains Kesihatan & Bioperubatan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan/puan memohon geran penyelidikan universiti (RU)pada kitaran Sept 2011 yang lepas.

Pihak kami berharap tuan/puan tidak patah semangat walaupun mendapat surat dukacita daripada RCMO. Kami diperingkat pelantar telah mencuba terbaik mungkin untuk memastikan proposal tuan/puan adalah terbaik. Namun universiti telah menetapkan peraturan (buat masa sekarang) geran RU adalah geran yang competitive dan proposal yang terbaik diantara yang terbaik akan berjaya diberikan  untuk geran penyelidikan. Untuk semakan tuan/puan  boleh merujuk kepada link ini http://www.research.usm.my/default.asp?tag=10&f=1&k=1 atau http://www.research.usm.my/forms/RU/RU2011-2.pdf

Untuk makluman tuan/puan, proposal RU tuan/puan telah dinilai oleh penilai-penilai yang mempunyai pengalaman penyelidikan yang lama dan pakar dalam bidang-bidang yang tuan/puan pohon. Penilaian di lakukan dengan melihat kepada beberapa kriteria seperti completeness of application, merit of research, capability of co-researcher dan sebagainya.

Untuk makluman tuan/puan juga, tuan/puan boleh memohon sekali lagi untuk geran RU ini pada kitaran April 2012. Tuan/puan boleh berhubung dengan pejabat pelantar atau hubungi Dekan untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih
Wassalam 
Ext 2364/2362

No comments: