Tuesday, March 22, 2011

Taklimat Paten & Inovasi

Pengarah Pejabat Inovasi, Prof Zainul

Antara penyelidik/pensyarah yang ha
Laporan Taklimat Paten & Inovasi
Tarikh                    : 20 Februari 2011
Tempat                  : Dewan Kuliah 7, PPSP, USM
Pejabat Pelantar Penyelidikan Kampus Kesihatan telah mengadakan satu taklimat berkenaan dengan Paten & Inovasi. Sesi taklimat ini telah diadakan bagi memberikan maklumat berkenaan dengan paten dan inovasi kepada penyelidik-penyelidik di kampus kesihatan ini.


Sesi taklimat ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana telah dihadiri oleh 40 orang penyelidik dikampus kesihatan. Setiap PTJ yang terdiri daripada PPSP, PPSG dan PPSK serta INFORMM  telah menghantar wakil masing-masing. 


Sesi pertama ceramah telah dimulakan dengan pembentangan daripada Dekan Penyelidikan, Prof Syed Mohsin Sahil Jamalullail. Tajuk yang dibentangkan ialah What, why and How to Patent? Tajuk ini serba sedikit permulaan dan pengenalan berkenaan apakah itu paten.  Tajukini  begitu menarik perhatian penyelidik yang hadir, rata-rata merasakan maklumat yang telah diberikan oleh Prof Syed merupakan maklumat baru bagi mereka.  Soal jawab telah menceriakan suasana pembentangan daripada Prof Syed Mohsin, antara yang aktif bertanya adalah Prof Madya Siti Amrah. Soalan yang ditanya berkisar mengenai bagaimana kkaedah untuk mempatenkan tualang honey.

Sesi ceramah kedua diteruskan dengan pembentangan daripada Prof Zainul, tajuk yang dibentangkan berkenaan dengan Fungsi & Peranan Pejabat Inovasi. Prof Zainul telah membentangkan maklumat baru bagaimana, kenapa dan apa peranan pejabat inovasi. Sekali lagi tajuk ini menarik perhatian peserta yang hadir, kebanyakan mereka tidak tahu peranan sebenar pejabat inovasi serta sumbangan yang cukup besar dalam menjana dan mengkomersilkan produk yang dihasilkan oleh penyelidik USM.
Prof Syed sedang memberikan permbentangan





Dekan Penyelidikan Prof Syed Mohsin sedang membe
Sesi ceremah diteruskan lagi dengan pembentangan daripada En Fazdil, Penasihat Intelectual Property, daripada pejabat Inovasi. Beliau telah memberikan maklumat yang berguna kepada penyelidik yang hadir berkenaan dengan selok belok paten. Banyak maklumat yang disampaikan dikaitkan dengan perundangan dan hak-hak yang boleh dikaitkan dengan paten.
Secara keseluruhanya taklimat ini  telah memberikan maklumat baru kepada peserta yang hadir. Maklumat ini boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan paten kepada penyelidik.

Saya bagi pihak Dekan dan Pejabat Pelantar Penyelidikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Asma Ismail, TNC (R&I) kerana telah memberikan bantuan kewangan dan juga sokongan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Pejabat Pelantar Penyelidikan Kampus kesihatan atas kerja kuat serta panel-panel jemputan bagi memastikan taklimat ini berjalan dengan lancar. Disertakan juga gambar-gambar sekitar taklimat ini.