SYARAT & PERATURAN UMUM |
|
| 1) | Anugerah Sanggar Sanjung dan Hadiah Sanjungan hanya boleh dipohon oleh staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA USM) pada tahun yang dinilai. Staf kunjungan dan pasca-doktoral tidak layak memohon. |
|
| 2) | Hanya anugerah/pengiktirafan/hasil penyelidikan bagi tempoh 1 Januari 2011 – 31 Disember 2011 layak dipertimbangkan. |
|
| 3) | Calon/kumpulan/PTJ mesti memohon sendiri. Permohonan adalah melalui permohonan dalam talian di alamat http://mass.usm.my/. |
|
| 4) | Pemohon bertanggungjawab menghantar permohonan yang lengkap secara online atau hardcopy bersama dengan maklumat/dokumen/sijil/bukti yang lengkap kepada: |
|
|
| | | Urusetia,
Jawatankuasa Kecil Pemilihan,
Malam Anugerah Sanggar Sanjung 2011,
Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan,
Bahagian Penyelidikan & Inovasi,
Aras 6, Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang. |
|
| 5) | Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.00 PETANG, 02 APRIL 2012 (ISNIN). Semua permohonan yang dihantar dianggap muktamad. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DAN/ATAU LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SAMA SEKALI. |
|
| 6) | Bagi sesuatu Produk/Hasil/Penerbitan yang dipohon oleh lebih daripada seorang pemohon, semua permohonan akan ditolak. Dalam kes begini, semua Anugerah/Hadiah yang telah diberi akan ditarik balik. |
|
| 7) | Permohonan yang pernah menerima anugerah/pengiktirafan atas asas yang sama dari USM sebelum ini tidak akan dipertimbangkan lagi walaupun telah menerima anugerah/pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi, dari pihak luar atau di dalam kategori lain. |
No comments:
Post a Comment