Thursday, March 8, 2012

Buku Pengurusan Penyelidikan @USM

Buku Pengurusan Penyelidikan @USM
Buku ini mengandungi syarat dan peraturan pengurusan dan pentadbiran geran Universiti Penyelidikan serta peraturan kewangan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan para penyelidik serta staf pentadbiran yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan. 

Diharapkan ia akan memudahkan dan melicinkan perjalanan pengurusan geran penyelidikan.

Tuan/puan boleh memuat turun kandungan buku ini dengan klik ke link ini http://www.research.usm.my/ruhb/

Tuesday, March 6, 2012

Pelawaan Permohonan Anugerah Sanggar Sanjung & Hadiah Sanjungan 2011 [Tarikh Akhir : 5.00 Petang, 02 April 2012 (Isnin) ]

SYARAT & PERATURAN UMUM

1)
Anugerah Sanggar Sanjung dan Hadiah Sanjungan hanya boleh dipohon oleh staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA USM) pada tahun yang dinilai. Staf kunjungan dan pasca-doktoral tidak layak memohon.

2) Hanya anugerah/pengiktirafan/hasil penyelidikan bagi tempoh 1 Januari 2011 – 31 Disember 2011 layak dipertimbangkan.

3)
Calon/kumpulan/PTJ mesti memohon sendiri. Permohonan adalah melalui permohonan dalam talian di alamat http://mass.usm.my/.

4)
Pemohon bertanggungjawab menghantar permohonan yang lengkap secara online atau hardcopy bersama dengan maklumat/dokumen/sijil/bukti yang lengkap kepada:


Urusetia,
Jawatankuasa Kecil Pemilihan,
Malam Anugerah Sanggar Sanjung 2011,

Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan,
Bahagian Penyelidikan & Inovasi,
Aras 6, Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

5) Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.00 PETANG, 02 APRIL 2012 (ISNIN). Semua permohonan yang dihantar dianggap muktamad. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DAN/ATAU LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SAMA SEKALI.

6)
Bagi sesuatu Produk/Hasil/Penerbitan yang dipohon oleh lebih daripada seorang pemohon, semua permohonan akan ditolak. Dalam kes begini, semua Anugerah/Hadiah yang telah diberi akan ditarik balik.

7)
Permohonan yang pernah menerima anugerah/pengiktirafan atas asas yang sama dari USM sebelum ini tidak akan dipertimbangkan lagi walaupun telah menerima anugerah/pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi, dari pihak luar atau di dalam kategori lain.
KATEGORI PENYERTAAN

Anugerah Sanggar Sanjung
1) Kategori Tokoh
2) Kategori Penerbitan Jurnal [ Lihat Senarai Jurnal]
3) Kategori Penerbitan Buku
4) Kategori Produk Penyelidikan
5) Kategori Kreativiti
6) Kategori Kualiti
7) Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa
8) Kategori Paten
9) Anugerah Canselor
Hadiah Sanjungan
1) Kategori Penerbitan Jurnal [ Lihat Senarai Jurnal]
2) Kategori Penerbitan Buku
3) Kategori Produk Penyelidikan
4) Kategori Kreativiti
5) Kategori Kualiti

Monday, February 13, 2012

PERMOHONAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (RU) 2012

Assalamulaikum & selamat sejahtera,

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan geran universiti penyelidikan bagi kitaran April 2012 ialah pada atau sebelum 16 April 2012 (ISNIN)hendaklah dihantar terus ke Pejabat Pelantar Penyelidikan yang berkaitan. 

Terima kasih

Wassalam